Monday, December 30, 2013

Petang . Sunyi


Petang yang sunyi membawa ingatan aku padanya
Sungguh aku tahu ini rindu
Ya, rindu pada insan yang aku tahu hanya namanya
Pelik, dalam hati bertanya
Adakah ini cinta?
Mungkin...

Tapi apakah terlalu awal untuk katakan yang ini cinta
Sedangkan aku pun masih buta apa erti cinta
Dari mana datangnya cinta
Dan..
Apakah rasanya bercinta?..


.................................................................................................................

Cinta..
Adalah apabila kita rasakan setiap apa yang kita lakukan hanya untuk dia
Dan dalam setiap apa yang kita lakukan dia ada bersama.
Walaupun bukan di sisi, tapi cukuplah sekadar di hati

Saturday, December 21, 2013

pergi




saban hari aku duduk sendiri
memikirkan tentang hidup aku dan kamu
ini sudah seperti menjadi rutin hari-hari ku
setiap hari memikirkan kamu, kamu dan kamu
seolah-olah hari-hari ditemani kamu

mungkin di luar nampak biasa
tapi di dalam tsunami melanda
apa yang kau buat wahai pujangga?
kau kata kau cinta
kau bilang kau sayang


kau buat aku tak bisa hidup tanpa kau setiap hari
jadi tolong jangan biar aku begini
tolong bawa aku pergi
ambil saja hati ini dan bawa saja ia pergi
dan jangan pulangkannya kembali
kerana hati ini bukan milik aku lagi


Saturday, September 22, 2012

Tua bersamanya..



dan pabila mana saya bersedia 
untuk mengahwini dan menyayangi seseorang
saya harus bersedia bukan sahaja untuk hidup bersamanya
tetapi juga untuk hidup tanpanya
kerana saya perlu faham hakikat tuhan
bahawa sesungguhnya
hidup bersamanya tidak bermakna
mati bersamanya
tetapi apa yang saya mahukan adalah
ke syurga bersamanya
semoga Allah redha.


Monday, September 10, 2012

memori..




memori adalah hak diri, 
biarpun masa terus berlalu tanpa henti,
tetapi memori sentiasa di sanubari 
malah akan terus kekal hingga ke mati..

Sunday, July 1, 2012

barakallah hu lakuma


Hanya melalui gambar aku dapat rasakan cinta yang amat mendalam dan suci..

keindahan cinta selepas nikah, masyallah..

Monday, May 21, 2012

please don't give up

sebenarnya banyak benda dalam hidup ni yang kausudah hampir kecapi untuk bahagia

hanya lagi selangkah untuk bahagia

tetapi di akhirnya kau berpatah balik dan terus berlalu pergi meninggalkan semuanya

rasa macam bodoh, memang kau bodoh lagi buta

terlalu tak yakin pada diri sendiri

akhirnya jalan ni yang kau pilih

tapi sebab kau yakin pada diri dan positif dengan ketentuan illahi

insyallah ada bahagia menanti di hujung jalan, bahagia yang abadi

so, please jangan putus asa dengan tuhan

Saturday, May 19, 2012

Asasi Undang-undang 1#

Assalamualaikum, okay hari ni nak cakap sikit pasal Asasi Undang-Undang Uitm.. I think most student yang baru lepas habis SPM yang minat sangat nak amik Law mesti macam excited sikit bile dapat offer kan? (same la kite dulu). Okay and for sure u all mesti agak keliru sikit kan dengan code yang ada dalam UPU form tue which is ade dua code PI005 and PI006. Okay nie nak habaq mai.


kalau ade peluang korang akan datang sini

PI005 ( Asasi Uitm)

Apakah maksudnya dengan Asasi Uitm? 

Okay, maksudnya anda akan terikat dengan Uitm apabila anda telah menamatkan pengajian dalam asasi which mean korang tak boleh nak apply universiti lain for example UKM, UM, UIA, UUM or mane2 u yang ade LLB. Ape2 yang jadi sekali pun korang tetap akan menjadi student Uitm selama-lamanya. Tapi korang kenalah cukup syarat kalau nak further degree in law which mean korang must maintain your CGPA 3.00 and above and also MUET make sure band 4.

Cakap pasal qualification untuk further degree in law ni ramai yang sangkut either pointer or MUET, but mostly sangkut dekat MUET la included me :( Pointer okay, dekan la katekan but MUET band 3 so say gudbye to law faculty.

Tempoh pengajian?

Okay basically, kalau dulu Asasi Uitm ni takes 1 year and half (3 semester) but started last year mean my batch asasi uitm dan berubah menjadi fast track, maksudnye dah xde 1 tahun setengah sume tukar setahun jea bermaksud lagi asasi hanyalah setahun same sahaje dengan law foundation yang kat Sham Alam tu, xde beza pown.

Tempat pengajian?

Bagi asasi uitm korang mungkin akan ditempatkan ikut korang punye tempat tinggal, asasi uitm x tertumpu dekat Shah Alam je, cawangan pun ade jugak dekat Sungai Petani and Kuantan. Sape yang dapat dekat Sham Alam tu untunglah kan. but Sungai Petani pun okay ape..

Kalau tak lepas MUET dengan CGPA macam mane?

Macam mane?? Nak tak nak korang kene tukar course lain untuk further degree, memang x boleh buat rayuan langsung sebab memang tak lepas syarat kan walaupun MUET korang lain1 mark je nak band 4, jawapannye NO! or else kalau sempat just repeat jea MUET, no problem. But don't worry korang akan diberi pilihan ape course2 yang korang boleh pilih.

Antaranya ialah :


  • Administrative Science
  • Corporate Administration 
  • Human Resources 
  • Office Management 
And many more la, nanti lecture korang akan explain.

Dengar taklimat di POJ

PI006 ( Asasi KPTM)

Maksudnye korang diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia cuma korang ditempatkan di Uitm Shah Alam. For me untung jugakla PI006 ni sebabnye if korang tak lepas MUET band 4 if kate korang dapat band 3 kan korang boleh apply untuk buat degree law kat u lain macam yang telah dinyatakan sebentar tadi, cgpa must 3.00 above jugak.

Tapi satu masalahnye ialah if korang nak sambung law kat uitm syaratnyer korang kene dapat band 4 and cgpa kene lah 3.5 and above, oleh sebab itu kalau keputusan korang cemerlang korang boleh further degree in law kat overseas. For example one of my friend 2 years older than me die PI006 result gempak, muet pown band 5 kowt skang tgh buat degree law dekat Bristol University, Bank Negara scholarship lagi uollss.

Tempoh pengajian sume same jea, cuma yang bezanya kat situ la.

Ohh, lupa, yang paling penting korang akan dapat elaun sbb korang akan dapt scholarship from KPTM, kalau tak silap 19++ MYR for every semester.

Okay i think sampai sini dulu nanti kalau ingat ape2 yang penting will be update soon okay.

Moot Court ( mahkamah olok2)

ps/: Disebabkan asasi setahun je and subject banyak jadi tido pukul 4 or 5 am tu perkara biasa okay :)
picture cc to Megat Mohd Rafiezi