Monday, October 10, 2011

surat untuk bakal suami


picture credit to Tengku Muhammad Fahmi

dear awak,

saya tahu semasa saya sedang menulis entry ini mungkin awak sedang menambahkan ilmu pengetahuan awak dalam bidang yang sedang awak ambil, ya, mungkin bidang yang awak minati. saya tak kisah apa pun bidang yang awak ambil, engineering,law, architecture or even business . Tapi kan lebih bagus kalo awak sedang menuntut ilmu perubatan sekarang, okay itu hanya apa yang saya harapkan, tapi kalau selain daripada itu saya bersyukur apa pun jodoh saya. tapi kan awak, biarlah awak lebih banyak ilmu daripada saya dan biarlah gaji awak lagi besar daripada gaji seorang bakal lawyer seperti saya. ya, saya x mengharapkan kemewahan daripada awak tapi cukuplah mampu menanggung kehidupan kita bersama. kalo susah kita sama2 susah kalo senang kita sama2 senang. itu yang mampu saya janjikan pada awak bakal suami yang belum saya temui.

awak,

saya mungkin x pernah melihat awak, langsung dan mungkin saya telah mengenali awak. tetapi hakikat tuhan dan takdirnya belum lagi membolehkan saya tahu awaklah orang yang sedang saya cari selama ini. saya tak mintak lebih pon dari awak. cukuplah awak menyayangi saya sepenuh hati dah seikhlas hati awak. apa yang saya harapkan awak mampu membimbing saya dari segi agama khususnya. saya tak kesah langsung tentang perwatakkan fizikal awak, kalau awak seorang yang kacak, alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah berikan satu bonus kepada saya yang biasa ini dan kalo awak biasa2 saja pon saya tetap bersyukur. pada saya apa yang penting adalah ilmu di dada awak, saya seorang yang kurang, saya harap awak mampu membimbing dan memdidik saya untuk menjadi wanita solehah yang akan menemani awak di syurga nanti. apa yang saya harapkan awak mampu menjadi imam di setiap solat saya dan mampu menjadi seorang bapa yang baik kepada anak2 saya. itulah apa yang ibu saya sering berpesan. saya juga harap awak mampu menjaga dan menerima ibu saya seperti ibu awak juga, saya harap awak mampu menyangi dia seperti awak sayang ibu awak.


awak,

dah lame saya beragan2 untuk terbang ke luar negara tapi buat masa sekarang saya masih belum dapat merasa sejuknya salji di negara orang, apa yang saya selalu doa adalah walaupun saya tidak dapat merasa untuk terbang ke sana tetapi saya harap suami saya mampu membawa saya ke sana walaupun sekali seumur hidup.

awak,

saya teringin sangat nak menatap wajah awak untuk pertama kali dan untuk yang terakhir kalinya sepanjang  hayat saya. saya tahu mungkin saya bukanlah orang yang pertama dalam hidup awak dan awak bukanlah orang yang pertama dalam hidup saya tapi saya nak awak menjadi orang yang terakhir dalam hidup saya dan begitu juga dengan awak. saya cuma mahu bahagia dengan awak untuk selama-lamanya. bimbinglah saya awak ke jalan yang diredhaiNya. semoga saya bertemu dengan awak di masa yang sesuai dan akan tenang berada disisi awak saya tahu mesti sekarang awak sedang mencari-cari siapa dan di mana saya begitu juga dengan saya mencari-cari di mana awak berada. namun apa yang saya tahu sekarang ini awak mesti sedang memantapkan ilmu dan sedang mencari redha illahi sama seperti saya.

akhir kata, saya setia menunggu awak wahai bakal imam saya. dan saya sentiasa bersedia melengkapkan tulang rusuk kiri awak yang hilang. datanglah dan tuntutlah dengan cara yang baik dan diberkati Allah. insyallah saya akan melengkapkannya dengan cara yang sempurna. saya yakin awak adalah orang yang baik dan berbudi pekerti mulia.

bertepatan dengan surah an-nur ayat 29

'lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik hanyalah untuk wanita yang baik'

carilah saya wahai bakal imam solatku seumur hidup dan tuntulah tulang rusuk mu padaku...

No comments:

Post a Comment