Semua pelajar sungguh khusyuk mengulang kaji pelajaran,
membuat kerja rumah dan tidak kurang juga ada yang sedang sibuk bertanya khabar
teman yang mereka temui setiap hari.
Tapi ianya berbeza buat pelajar tingkatan satu ini, Iman
Aisya. Sedang teman-teman sibuk mengulang kaji pelajaran, dia sibuk mengarang
mesej perkenalan buat seorang jejaka alim.
Tidak tahu apa yang membuatkan homo sepian berjantina lelaki
bernama Ilham Asyraf ini berjaya menawan hatinya.
Tetapi apa yang pasti raut
wajah yang manis dan tenang serta kepandaian dalam bidang agama dan akademik
menjadi tiket paling berharga buat jejaka berumur 17 tahun ini pada ketika itu.
Mungkin itulah pakej istimewa yang membuatkan Iman terpana
terhadap jejaka tersebut.
Hampir setiap minggu ada saja surat yang sampai ke tangan
Ilham. Dari ‘secret admirer’ kononya, namun tidak ada satu surat pun yang
terbalas olehnya hanya senyuman manis yang terukir di bibir setiap kali surat tersebut
sampai di tangan.
Walaupun begitu, Iman masih tidak berputus asa. Berbagai
cara dilakukan, bukan kerana rasa malu sudah luntur dalam diri tetapi keinginan
untuk mengenali senior 4 tahun lebih tua itu dengan lebih dekat.
Akhirnya, semua persoalan terjawab. Menjelang hari akhir di
maktab untuk sesi 2006 sepucuk surat sampai di tangan si gadis. Sambutan
persahabatan dan perkenalan di terima. Dan sejak itu segala episode cerita ini
bermula.
Inilah catatan rasa apa yang terpendam di hati dan luahan
hati yang tidak dapat dibendung lagi.
‘Dan katakanlah
kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara
kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka lakukan’
Surah an-Nur: 30
Inilah catatan rasa, apa yang terpendam di hatiku...
Aku tidak pernah menyangka sama sekali hubungan yang hanya
dimulakan dengan sepucuk surat mampu bertahan sehingga mencecah 6 tahun
lamanya. Hubungan yang di bina atas dasar persahabatan tidak mungkin akan
pernah berubah status. Ya ‘mungkin’ tidak akan. Tetapi hakikat manusia dan
fitrah hati siapa tahu. Hampir 6 tahun kami hanya berhubung menggunakan pesanan mesej ringkas sebagai perantara.
Suaranya tidak pernah ku dengar apatah lagi wajahnya setelah
6 tahun lamanya berpisah. Aku jadi malu apabila teringat kenangan sewaktu di
maktab dahulu. Dia merupakan abang senior yang sangat aku sanjungi.
Keperibadian rohani dan jasmani menjadi tarikan utama aku. Jangan ditanya
mengapa, kerana aku sendiri tak tahu jawapannya..tetapi apabila hati mula
berkata-kata, semua arahan minda sudah tidak dapat diterima.
Iman aisya
12.30 am
Inilah luahan hati yang tidak dapat di bendung lagi..
Inilah luahan hati yang tidak dapat di bendung lagi..
Apa agaknya khabar mu wahai pelengkap tulang rusuk ku? Sudah
lama rasanya tidak mendengar khabarmu ya ukhti.
Adakah aku sedang
melakukan dosa setiap kali ingatan aku kembali mengingatimu?
Adakah aku berdosa kerana kadang-kala meletakkan cintaNya selepas cinta ku kepadamu?.
Adakah aku berdosa kerana kadang-kala meletakkan cintaNya selepas cinta ku kepadamu?.
Adakah aku berdosa meluahkan hasrat hatiku untuk
menjadikanmu pelengkap tulang rusukku selama-selamanya?
Terus terang aku katakan bahawa aku tidak pernah merasakan
derasnya adrenalin ku mengalir apabila menerima khabaran darimu. Sungguh,
perasaannya lain sekali, tidak pernah aku rasakan ia sebelum ini. Walaupun aku
belum pernah melihat wajahmu bidadariku.
Semalam telefon aku berdering.. ku kira pesanan ringkas dari
teman-teman ku. Nyatanya tidak..nama Iman Aisya yang terpampang di skrin. Hati
aku berdegup laju. Ku kira sudah hampir dua bulan aku tidak menghubungi mu. Namun
mesej pesan ringkas yang kau kirimkan padaku tepat pukul 1.30 am semalam cukup
jelas menyatakan segalanya.
Ilham asyraf
12.00 am
Inilah catatan rasa apa yang terpendam di hatiku
Awak saya minta maaf, saya terpaksa melakukan itu
Bukan kerana saya terlalu alim untuk menjauhi awak, tetapi
saya rasa saya masih tidak cukup sempurna untuk awak. Saya bukan
seperti wanita seangkatan awak. Bertudung labuh, tidak berseluar jeans ataupun
dengan erti kata lain wanita solehah yang menjadi idaman setiap lelaki seperti
awak. Saya jauh sekali seperti itu, tapi saya masih mencuba dan mencari-cari
sinar ke arah itu namun buat masa sekarang saya masih belum mampu rasanya.
Bukan tidak sanggup, tetapi masih belum....
Buat awak,
Setiap kali telefon saya berdering hati saya menjadi
berbunga-bunga apatah lagi melihat nama awak terpapar di kaca skrin. Tetapi
sampai bila saya harus menahan perasaan ini. Perasaan yang semakin membuak-buak
dan menyesakkan setiap ruang hati saya. Sangat sukar untuk mempercayai lelaki
seperti awak benar-benar ikhlas terhadap saya. Dan sebab itulah saya mengambil
keputusan ini.
Saya harap awak benar-benar mengerti hati dan persaan ini.
Walaupun saya tidak sama sekali membiarkan awak mengetahuinya.
Iman aisya
12.25 am
Inilah luahan hati yang tidak dapat dibendung lagi
Subhanallah..besarnya keagunganMu..
Betapa hebatnya rasa ini. Sungguh, benar sekali.. kehebatan
cinta yang Kau ciptakan ini benar-benar menduga diriku. Sungguh, ya Allah..hebat
sungguh panahan ini, biarkan aku bertahan di jalanMu ya Allah.
‘assalamualaikum, awak maaf sekiranya mesej
ini menganggu awak.
Saya hanya mahu
minta satu perkara, lepas ini saya harap awak tidak lagi
Menghantar sebarang
mesej kepada saya. Sebab setiap mesej yang awak
Kirimkan memberikan saya seribu satu harapan
kepada awak.
Dan saya yakin sekali awak juga tahu kan
bagaimana berdosanya memberi
Seseorang harapan yang mungkin tidak
tertunai.
Saya harap awak faham. Assalamualaikum ”
Betapa
teragutnya hatiku saat kau kirimkan kata-kata ini. Ya aku tahu, memang salah
aku memberikanmu harapan ini. Tapi aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.
Kerana aku benar-benar takut kehilangan dirimu dan aku benar-benar ikhlas ingin hidup bersamamu.
Ilham asyraf
1.30 am
Inilah catatan
rasa apa yang terpendam di hati ku..
Sudah lebih 3
bulan rasanya tidak mendengar khabar diri mu.
Apa yang patut
aku katakan di sini?
Adakah aku
gembira kerana tidak perlu bergantung
harapan pada yang tidak pasti?
harapan pada yang tidak pasti?
Atau apakah aku patut bersedih kerana aku
tidak akan lagi
berhubung dengannya?
berhubung dengannya?
Sesungguhnya,
akal tidak dapat menafikan kata hati, dan sesungguhnya kali ini akal
aku lemah ditawan hati.
Ya Allah, aku benar- benar rindu pada dirinya.
Namun salahkah aku
meletakkan rindunya selain dari rinduku padaMu?
Ya Allah,
Sekiranya dia
rasa apa yang aku rasakan di saat ini
Maka kau
gerakkan lah hatinya untuk merungkai segala kebingungan ini.
Ilham aisya
12.00am
Inilah luahan rasa yang tidak dapat dibendung lagi..
Inilah luahan rasa yang tidak dapat dibendung lagi..
Ya Allah,
maafkan aku kerana sekali lagi tewas dengan dugaan nafsu hati ini.
Aku sudah tidak
dapat menahan gelora yang menderu-deru seperti ombak menabrak karang
Seperti hujan
lebat yang mencurah bumi.
Izinkanlah
hatiku bersatu dengan hatinya. Rahmatilah perhubungan ini kerana sudah begitu
lama. Aku inginkan cinta berlandaskan keimanan dan izinkan aku melakukannya
untuk kali ini, buat yang pertama dan yang terakhir kalinya.
Aku sudah tidak
peduli apa yang bakal berlaku. Walaupun aku jauh di bumi orang dan dia di tanah
air namun itu semua tidak dapat menghalang sayang aku terhadap dirinya.
Walaupun tidak bertemu walau sekali tetapi aku yakin. Ya seyakin yakinnya
dengan bantuan dan petunjuk dariMu aku tahu bahawa dialah pelengkap rusuk kiri
ku.Keputusan ini, adalah yang muktamad. Aku pasti ini adalah jodoh dari Allah.
Ilham asyraf
12.45 am
Inilah luahan
rasa apa yang terpendam dihatiku
Telefon bimbitku
berbunyi. Aku kira mesej dari teman-teman,
sedikit kaget mengapa mereka
menghantar mesej selewat ini.
Selesai membaca doa dan membuka telekung, telefon
ku capai.
Subahallah, nama
dia yang terpapar di hadapan skrin.
Assalamualaikum, ya ukhti..
Maafkan saya mengganggu awak di malam hari
begini.
Maafkan saya juga kerana terpaksa melanggar
permintaan awak untuk tidak
Sama sekali menghantar sebarang mesej kepada
awak.
Setelah hampir 3 bulan saya mencuba mencari
jawapan
Akhirnya saya temuinya di setiap solat
istikharah saya.
Mungkin berat untuk awak percaya, tetapi
inilah hakikatnya..
Fuhhh..bagaimana untuk mengatakannya pada
awak?
Baiklah..wahai pelengkap rusuk kiriku,Iman
Aisya binti Ismail,
Saya nak sayang awak selama-lamanya.
Subhanalah, biar
air mata yang menjawab segala-galanya.
Iman aisya
1.00 am
Inilah luahan
hati yang tidak dapat dibendung lagi..
Dan
Inilah luahan
rasa apa yang terpendam di hatiku..
Wahai, isteri
penyeri hidupku
Sudah lama aku
mencari dirimu, dan di saat perkenalan kita aku tahu bahawa kau adalah jodohku
yang sudah terukir di loh mahfuz. Aku janji, aku akan berusaha membimbingmu ke
jalanNya kerana aku tahu hanya itu yang mampu membuatkan kita bersama selama-
lamanya. Walau kemana syurga yang akan aku jejak yang pasti kau akan ku bawa
bersama. Sesungguhnya aku ingin kau tahu aku mencintai mu kerana
cinta ku terhadapNya.
Wahai, suami
yang aku sayangi
Sungguh tidak
tergambar sayunya hati ini. Sungguh aku tidak tahu apa yang harus aku katakan
selain ucapan syukur ke hadrat illahi kerana telah menyatukan hati kita.
Bimbinglah aku wahai imam ku, sayangilah aku seumur hidup mu, bawalah aku
bersamu walau ke syurga mana yang kau jejaki.
Lelaki itu pemimpin
bagi bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian lelaki atas
sebahagian perempuan, dan kerana mereka telah memberikan nafkah dari hartanya.
Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat kepada Allah dan
menjaga diri mereka ketika ketiadaan suami, kerana Allah telah menjaga mereka.
Surah an-Nur: 34
Ilham asyraf
& Iman aisya
___________________________________________________________________________
Kadang-kadang
apa yang kita sangka akan berlaku mungkin sekali tidak akan berlaku dan
kadang-kadang apa yang kita jangka akan berlaku tidak semestinya menjadi
kenyataan. Tapi kita harus percaya pada satu iaitu, Allah, tiada tuhan yang
disembah melainkan hanya Dia.
Setiap perkara
yang terjadi ke atas diri kita sebenarnya sudah tertulis dengan cantik dan
sempurna. Bertepatan firman Allah yang bermaksud:
‘Allah tidak
membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala
dari kebajikan yang dia usahakan dan dia mendapat seksaan dari kejahatan yang
dia lakukan’.
Surah al-Baqarah: 286
Jodoh dan pertemuan semuanya di
tangan tuhan. Kadang-kadang kita tak perlu untuk mencari jauh siapakah jodoh
kita kerana kadang-kala ianya sudah tersedia di depan mata. Antara kita sedar
ataupun tidak dan apa yang paling penting nilai diri sendiri. Jika anda seorang
yang baik jangan risau balasan yang baik pasti di pihak anda. Jika tidak, berubahlah ke
arah yang baik secepatnya. Kerana Allah telah berjanji dan Allah itu tidak akan memungkiri janji-janjiNya.
‘Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji
dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’.
Surah
an-Nur: 26
Lelaki
selalu kata bahawa perempuan makhluk istimewa dan unik kerana perasaan mereka
sama sekali tidak boleh di duga dan naluri mereka sangat magic.
Tetapi
kita selalu lupa bahawa lelaki juga makhluk yang pelik.
Mereka
suka melihat sesuatu yang pada hakikatnya mereka tidak suka dan tidak mahu, dan
mereka tidak suka atau ego kepada sesuatu yang sebenarnya sangat mereka
inginkan.
p/s: alignment, malas nak betulkan
sumpah terbaikkk ! like gilaaa <3
ReplyDeletehahahaha..nak nangis!! sweet knnn???
ReplyDeletenak lagi ! do write more babe (:
ReplyDeletehahaha..xde idea lagi la baby!..
ReplyDeleteayat mahal gtu....
ReplyDeletepa dia??
ReplyDelete