Kalam ini ditulis bukan atas dasar apa
Kalam ini ditulis mungkin juga tidak memerlukan sebarang sebab, tapi mustahil tanpa sebab kerana Allah sendiri menciptakan sesuatu dengan tidak sia-sia
Jadi apa sahaja yang datang dari hati milik tuhan ini sudah pasti bersebab, tapi hanya kita manusia yang jahil yang buta tidak dapat menilai, tidak dapat menerbak apa yang terkandung jauh di perut hati
Aku bukan ustazah untuk kau kata arif tentang hukum- hakam agama, baca al-Quran pun masih banyak tajwid yang salah
Aku juga bukan seorang peguam yang bisa kau kira petah berkata-kata, yang lantang berdebat di mahkamah buatan
Jauh sekali seorang perdana menteri yang bijak dalam semua perkara, mengatur segala urusan negara
Aku hanyalah seorang hamba Allah yang baru belajar cara bertatih di bumi milik yang sedang dimamah usia
Aku hanyalah seorang insan kerdil yang masih tercari-cari nilai hakiki erti sebuah kehidupan dan masih terkial-kial berenang di lautan masa yang penuh dengan penipuan, kejahatan dan segala macam ancaman.
Dunia hanyalah suatu persinggahan, benar kata Rasulullah dunia hanya tempat sementara bagi orang yang berkelana, di sinilah insan bernama hamba mengumpul segala bekal untuk dibawa ke daerah yang kekal abadi.
Jika kau lalai dan alpa, bersedialah engkau menjadi arang di lautan api, namun jika kau tahu erti sebuah pengembaraan tetaplah engkau di syurga hakiki.
No comments:
Post a Comment